Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bakal Timang Baby Boy, Hadiah Paling Bermakna Buat Syatilla & Sam

Mya Amri
13/02/2017 12:36 MYT
Pelakon Syatilla Melvin kini hamil enam bulan dan dijangka menimang cahaya mata sulungnya pada Mei depan.

Menurut Syatilla, bayinya berada dalam keadaan sihat dan doktor menjangkakan jantina anaknya itu adalah lelaki.

“Bayi di dalam kandungan saya ini merupakan antara hadiah paling istimewa buat saya dan suami.

"Zuriat inilah tanda cinta kami dan pengikat kasih sayang antara saya dan Sam.

“Saya dan Sam selalu berdoa, supaya sentiasa sihat dan kuat untuk menanti kehadiran orang baharu ini.

"Alhamdulillah, dia (bayi) sangat baik dan faham ibu serta bapanya sibuk dan dia sentiasa menemani saya," katanya.

Dalam pada itu, Sam juga turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dan bijak menguruskan rumah tangga.

"Syatilla seorang yang sangat penyayang dan tidak kekok menguruskan rumah tangga. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

“Pada masa yang sama juga dia tidak lupa dirinya sebagai isteri dan saya rasa sangat bertuah kerana dianugerahkan seorang isteri yang pandai uruskan rumah tangga," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sam dan Syatilla baru saja selesai menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama baru-baru ini dan majlis tersebut diadakan secara sederhana.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Berita Harian
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Samtilla
;