Bakal Timang 'Baby Boy', Jun Ji Hyun Dijangka Bersalin Januari Depan

Mya Amri
Disember 28, 2017 10:54 MYT
Pelakon drama Korea popular, Legend of The Blue Sea, Jun Ji Hyun dilaporkan bakal menimang cahaya mata kedua bulan depan.
Berita itu disahkan sendiri oleh agensi pengurusannya, Culture Depot menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut wakil agensinya, Ji Hyun berada dalam keadaan sihat dan usia kandungannya kini mencecah 36 minggu.
“Ji Hyun dijangka bersalin pada penghujung bulan depan. Anak keduanya ini juga merupakan seorang lelaki,” katanya.
Jun Ji Hyun telah berkahwin dengan Choi Jun Hyuk pada 13 April 2012 dan dikurniakan seorang anak pada Februari 2016.
Sumber: Soompi / Soompi
#Hamil #Hamil #Jun Ji Hyun #Artis Korea