HIBURAN
Bakal Timang Cahaya Pertama, Mamat Got No Chill Menangis Terima Kejutan Isteri, Netizen; - “Nak Sedih Tapi Tengok Muka Mamat Tergelak…”
Selepas beberapa tahun menanti cahaya mata, akhirnya pasangan pempengaruh media sosial Mamat Got No Chill dan isterinya, Siti Nurhana, bakal menimang cahaya mata pertama.
Dalam video yang tular di TikTok, Mamat dilihat tidak dapat menahan sebak apabila isterinya menyerahkan satu kotak kejutan berisi alat ujian kehamilan dengan keputusan positif.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat, pasangan itu duduk bersebelahan sebelum Mamat membuka kotak kecil berisi kejutan tersebut.
undefined
Sebaik menyedari isi kandungannya, dia memeluk isterinya sambil menangis.
“Ciwek,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
“Menangis sama-sama tengok reaksi Mamat ni. Sungguh-sungguh dia tunggu zuriat.
“Tahniah, semoga anak yang bakal lahir jadi penyejuk hati mama dan ayah,” tulis beberapa netizen.
Tidak kurang juga, ada yang terhibur setelah pertama kali melihat reaksi spontan Mamat menangis.
“First time tgok orang nangis aku ketawa HAHAHAHAHAHA
“Nak sedih tapi tengok muka mamat tak jadi pulak nak sedih.
“Mula mula ikut nangis bila tengok mamat nangis terus tergelak,” komen beberapa netizen lagi.
Video tersebut berjaya meraih lebih 82,000 tanda suka dan 700,000 tontonan di TikTok
Untuk rekod, Mamat Got No Chill dan Siti Nurhana selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2023.