Tidak cukup dengan kes COVID-19 yang menghampiri angka dua juta, Amerika Syarkat sekali lagi dilanda musibah apabila orang ramai berkumpul melakukan protes.

Semuanya gara-gara kematian seorang lelaki kulit hitam George Floyd ketika di dalam tahanan polis.

Tindakan polis yang dianggap kejam terhadap kulit hitam itu sekali gus telah mencetuskan kemarahan rakyat Amerika Syarikat.

Namun, dalam pada mereka bersemangat melakukan protes di jalan raya, ada sesetengah daripada mereka dilihat telah melampaui batas.

Kebanyakan premis dan kedai telah dipecah masuk, malah terdapat juga restoran terkemuka telah dibakar oleh peserta tunjuk perasaan berkenaan.

Malah, hari ini tular pula video memaparkan butik pakaian Nike dan jenama mewah Louis Vuitton (LV) dipecah masuk.

Tanpa rasa bersalah, kelihatan beberapa individu keluar daripada butik tersebut sambil membawa barangan yang dicuri.

Terserlah wajah kegembiran apabila berjaya mendapat barangan secara 'percuma'.

Anda boleh lihat video yang tersebar itu di bawah.
Difahamkan, Washington dan beberapa bandar utama di Amerika Syarikat kini dikenakan perintah berkurung.

Ia susulan rusuhan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang membantah keganasan kaum susulan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd.