Viral

Bakat Adik Marissa Penghidap Disleksia Buat Ramai Terpegun - “Jari Dia Laju Macam Robot! Hebatnya, Calit Calit Terus Jadi”

gempak
Mya Amri
03/07/2024
09:50 MYT
Sponsor Banner
Bakat Adik Marissa Penghidap Disleksia Buat Ramai Terpegun - “Jari Dia Laju Macam Robot! Hebatnya, Calit Calit Terus Jadi”
Bakat seorang remaja wanita yang dikenali sebagai adik Marissa menjadi perhatian netizen.

Bakat melukis yang hebat, jari pantas

Difahamkan Marissa merupakan penghidap disleksia dan mempunyai kemahiran melukis yang hebat.
Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah keunikan Marissa melukis menggunakan jari di atas paparan skrin tablet miliknya dengan pantas dan tanpa menggunakan rujukan visual.
Menerusi beberapa hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jarimarissa, jelas merakamkan kehebatan Marissa yang sedang melukis watak anime.
“Memiliki anak disleksia adalah sesuatu di luar jangkaan saya. Dia selalu buat sesuatu yang mengejutkan saya.

“Rupanya anak disleksia ini ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Bila dia buat sesuatu yang dia minat, dia akan buat sehabis baik.

“Marissa bila idea melukis dah datang, jari dia memang tak akan duduk dengan tenang. Dia nak juga melukis walau dekat mana pun,” maklum kapsyen berkenaan.

Anugerah kecemerlangan akademik

Terbaharu, tidak hanya pandai melukis, Marissa juga cemerlang dari segi pelajaran dan telah menerima anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya.
“Alhamdulillah, tahniah buat si Jari Marissa. Label disleksia dan ADHD bukan halangan. Terima kasih buat semua yang mendoakan kejayaan Marissa.
“Sebelum naik pentas, dia sempat lagi mencalit. Marissa mendapat anugerah kecemerlangan akademik.

“Disleksia atau tidak selagi ada daya usaha, kemahuan, insya-Allah akan ada kejayaan. Jauh lagi perjalanan Marissa.

“Semoga terus melakar kejayaan, buktikan disleksia bukan kelemahan,” tulis kapsyen tersebut.

Ramai ucap tahniah

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah selain mengagumi bakat Marissa.
“Tangan kalau dah berseni buat laju-laju pun cantik. Saya kalau ambil masa satu jam pun belum tentu cantik macam tu,”
“Wei, jari dia macam robot… Hebatnya. Garis-garis jadi muka orang, kalau acik lukis tak tahulah jadi apa,”
Untuk info, menurut Persatuan Dyslexia Malaysia, disleksia adalah masalah cara otak berfungsi, berfikir, cara melihat dan mendengar atau dalam bahasa mudah masalah pembelajaran khusus.
Simptom Dyslexia tidak dapat dilihat dari segi luaran. Meskipun dari segi rupa paras yang tiada cacat cela, penghidap mengalami kesukaran membaca, mengira dan menulis.
Berikut merupakan video Marissa melukis:
@jarimarissa #dyslexiaawareness# #dyslexiaMarissa ♬ Trap Action Music(887023) - Pavel
@jarimarissa Alhamdulillah..Marissa percaya anugerah ni adalah doa² dari orang baik² yang sentiasa doakan kejayaan marissa..terima kasih semua..insyaAllah Marissa akan terus berusaha lagi..❤️ #budakdislexia# #anugerahakademik# #kekuranganbukanhalangan# #digitalartist# #animeart# #budakcalit# #inspired# #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Legends Are Made - Sam Tinnesz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live