Bakat Nyanyian Fazura Boleh Diasah, Ajai Cadang Cari Komposer Yang Tepat - "Dia Perlu Cari Bunyi Sesuai Supaya Tidak Mencederakan..."
10/11/2024 05:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai menyatakan Fazura memerlukan seorang komposer yang baik untuk mencungkil bakat nyanyiannya.
Menurut Ajai, komposer tersebut perlu mencari bunyi yang sesuai untuk pelakon Manisnya Cinta di Cappadocia.
Tambahnya lagi, komposer itu juga harus memahami tahap kemampuan suara Fazura kerana kemampuan vokal tidak boleh dipaksa.
“Dia perlukan komposer yang tepat bukanlah boleh menyanyi dengan nada yang tinggi itu bagus, not rendah itu bagus atau tidak.
“Dia perlu mencari bunyi yang sesuai supaya tidak mencederakan vokal anda supaya producer senang membuat kerja walaupun yang tidak sedap itu adalah not yang rendah atau tinggi.
“Jadi, producer kena tahu kemampuan nyanyian dia yang sedap. Dia tidak boleh pergi kemampuan yang dirinya tidak boleh lakukan.“Bila dipaksa untuk pergi kemampuan dia. Jadi bila pergi ke bukan kemampuan dia, membuatkan dia tidak boleh menyanyi secara langsung,” katanya kepada Gempak.
Ajai berkata demikian ketika menghadiri konsert akhir The Chosen One musim kedua di Visual Three Studio pada Jumaat.
Meskipun Fazura dikecam oleh netizen, komposer yang terkenal dengan lagu ciptaannya Seperti Dulu itu menyatakan pendengar pada zaman kini tahu menilai muzik melalui persembahan kerana ilmu tentang muzik itu semakin meluas di media sosial.
“Memang kita dengar ada beberapa bahagian yang dia menyanyi itu kurang menepati not yang tepat.
“Cuma kena tahu pendengar tahu menilai vokal sebab muzik sekarang kita berada di sekeliling teknologi yang boleh mereka lakukan di rumah.
“Bermaksud pendidikan muzik di rumah sudah semakin meluas bukan hanya di studio rakaman seperti dahulu.“Sebab pengetahuan tentang muzik semakin membesar seperti yang kita tahu sudah ada kolej muzik yang sedang meningkat naik,” ulasnya.