Laman Utama
"Balas Dendam OOTD Ni"- Ramai 'Terpelanting' Gaya Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
Setelah lebih dua tahun tidak ke eropah hanya kerana pandemik yang melanda, pelakon Rozita Che Wan yang terkenal dengan fesyen 'OOTD' ketika bercuti tampil dengan gaya mewah ketika berada di Vienna Austria.
Malah satu hantarannya di Instagram telah menarik perhatian pengikut laman sosial itu apabila rata-rata terhibur dengan foto dan kapsyen yang ditulis.
Ia melucukan kerana Rozita Che Wan atau dikenali dengan Che Ta memberitahu hendak ke pasar mencari telur dan minyak masak tetapi gayanya memakai jaket tebal shawl bulu dan bertopi serta berkaca mata hitam telah membuatkan netizen terhibur.
"Nak pergi market, nak cari telur dan minyak kejap. Punya lapar nasi, sejuk pun boleh tahan -2," tulisnya ringkas.
Malah rata-rata netizen dan rakan artis menyifatkan gayanya itu sebagai balas dendam sehingga membuatkan ramai 'terpelanting'!
"Balas dendam OOTD ni, haha dah lama tak nampak OOTD overseas," komen pelakkn Mira Filzah.
"Wow terpelanting semua," kata pelakon Mkna Allen
"Ini yang kita tunggu-tunggu selama ini," kata pempengaruh Rosixomar.
Tidak kurang juga berseloroh dengan gayanya yang konon hendak ke pasar mencari barang dapur itu.
"Kalau macam ni pergi pasar, tokey ikan ikut balik," komen salah seorang netizen.
"Kalau kat Malaysia paling letop pakai tudung bawal, ni ha ambik kau vass," puji salah seorang warga maya.
Difahamkan Che Ta bercuti ke sana bersama adik beradiknya iaitu Ayu Raudah dan seorang kakak mereka serta ibunya.
Kali ini mereke bercuti tanpa suami dan anak masing-masing dan hanya boleh dikatakan 'girls' trip'.
Must-Watch Video