Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Bali Tak Lah, Beraya Bersama Tu Betul" - Gayatri Nafi Ke Bali Dengan Zul Ariffin

Amri Hassan
27/06/2018 03:31 MYT
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menafikan khabar angin bahawa dia meluangkan masa bercuti bersama aktor tampan Zul Ariffin di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Malah, tegas Gaya sebaliknya dia ada berkunjung menziarahi keluarga Zul sempena kedatangan Syawal minggu lalu.

"Gosip yang kata saya ke Bali dengan Zul itu tak benar.

"Tetapi saya ada berjumpa Zul sempena hari raya baru-baru ini dan beraya bersama keluarganya," katanya kepada Gempak.

Gayatri ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah di WOW KL, Kuala Lumpur semalam.

Gayatri dan Zul pernah dikatakan menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2012 namun putus tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, hubungan mereka dipercayai kembali berputik selepas pelakon lelaki itu putus cinta dengan seorang aktres muda.

Sementara itu, filem trilogi Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid akan mula ditayangkan pada 9 Ogos depan.

Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu turut dibintangi Zul Ariffin yang mendukung peranan bomoh.

Selain itu, Hantu Kak Limah turut dilakonkan oleh Datuk Awie, Dalimawati, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Jue Aziz dan penampilan khas Datuk Seri Vida.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @zulariffin, Berita Harian
#Zul Ariffin #Hantu Kak Limah #Gayatri Su-lin Pillai