"Balik Meloncat Macam Baru Jumpa Jodoh!" - Neeta Kongsi Kenangan Bertemu Taylor Swift

Asraf Aided
Mei 12, 2020 13:41 MYT
Penyanyi dan bintang Big Stage 2019, Neeta berkongsi kenangan ketika bertemu penyanyi Hollywood kegemarannya, Taylor Swift.
Menurut Neeta, dia berpeluang berjumpa dan mengambil gambar bersama Taylor di belakang pentas atas bantuan ibu Taylor sendiri.
"Kami sepatutnya ada sesi 'meet&greet' tetapi tak jadi, kemudian saya berjalan di belakang pentas dengan harapan akan bertemu dengannya.
"Di hujung satu lorong, saya ternampak ibu Taylor iaitu Andrea, saya pergi kepadanya, Andrea bawa kami ke betul-betul belakang pentas, kami pun berbual.
"Ada tangga kecil, semua penari turun di situ, kemudian Taylor turun dengan hanya memakai selipar, sangat santai. Saya terpegun, dia ada ucapkan terima kasih, kami ambil gambar selepas berbual. Selepas itu, saya balik bilik meloncat macam baru jumpa jodoh!" tulisnya di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Neeta turut berasa teruja membaca perkongsian itu.
Difahamkan, Neeta bersama kumpulannya terlibat dalam persembahan pembukaan konsert Taylor Swift Red Tour di Malaysia pada tahun 2014.
#Penyanyi #Taylor Swift #Penyanyi #Neeta