“Balik Rumah Tengok Hp, Dapat Berita Mak Kena Covid” - Datuk Siti Mohon Doakan Ibu Cepat Sembuh
Mya Amri
05/11/2022 23:24 MYT
05/11/2022 23:24 MYT
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik, 70, dijangkiti COVID-19.
Berita itu dikongsi Siti dalam hantaran terbaharu di ruangan Insta Stories akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Siti, walaupun ibunya mengalami beberapa simptom namun dia bersyukur kerana tidak teruk namun perasaan bimbang tetap ada.
“Balik bilik tengok handphone, dapat berita mak kena COVID. Dapat cakap dengan mak baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk.
“Alhamdulillah… Ya Allah jagakan wali keramat saya. Doakan mak Salmah segera sembuh. Mak kuat!” tulisnya.
Terdahulu, Siti baru selesai melaksanakan persembahan eksklusif Music of The Soul bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center yang berlangsung malam tadi.
Siti telah menyampaikan 18 buah lagu antaranya Diari Hatimu, Anta Permana, Aku Bidadari Syurgamu dan Nian Di Hati.
Malah Siti juga turut menyampaikan lagu duet bersama Datuk Awie berjudul Baldu Biru dan juga Pantun Budi.