Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Balu Vokalis Linkin Park Kahwin Anggota Bomba

Asraf Aided
07/01/2020 13:48 MYT
Balu vokalis Linkin Park, Chester Bennington, Talinda Bennington, mengahwini anggota bomba, Michael Fredman, pada 4 Januari lalu, lapor AWANI.

Berita gembira itu diumumkan Talinda menerusi akaun Twitternya pada Isnin.

Talinda bagaimanapun kecewa apabila media tabloid melaporkan dia mengahwini Fredman pada tarikh yang sama dia mengahwini Chester, iaitu 1 Januari.

"1 Januari akan kekal sebagai hari dimana saya mengahwini Chester. Saya tiadak akan sentuh tarikh itu.

"Tabloid yang melaporkan berita itu, menghasut orang ramai agar memarahi saya, untuk apa? Anda patut malu," tulis Talinda.

Talinda dan Chester berkahwin selama 12 tahun dan memiliki tiga orang anak.

Chester ditemui mati akibat bunuh diri pada Julai 2017 di rumah mereka di Los Angeles ketika isteri dan anak-anaknya tiada di rumah, selepas bertahun-tahun bertarung dengan masalah depresi, ketagihan alkohol dan dadah.

Semenjak kematian Chester, Talinda aktif dalam aktif dalam aktiviti meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan mental termasuk menubuhkan dana kebajikan '320 Changes Direction', yang memberi tumpuan terhadap menukar persepsi dan pemikiran masyarakat berhubung kesihatan mental.

"Keluarga dan saudara-saudara saya dalam Linkin Park menerima kehadiran suami baru saya dengan baik. Saya tetap mengingati Chester dan akan meneruskan misi saya untuk memastikan kematiannya tidak sia-sia," katanya.


Sumber : Astro AWANI
#Linkin Park #Talinda
;