Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

BAM Setuju Lepaskan Sze Fei-Nur Izzuddin

Gempak
24/08/2024 08:33 MYT
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang membuat keputusan meninggalkan badan induk sukan itu bermula 1 September ini.

Hormati keputusan Sze Fei-Izzuddin


Setiausaha Agung, Kenny Goh berkata, BAM menghormati keputusan gandingan di kedudukan ke-12 dunia itu untuk meneruskan karier selaku pemain profesional selepas ini.

"Saya pasti anda telah tahu mereka meminta untuk bergerak secara bebas.


"Jadi selepas perbincangan, kami memahami dan menghormati keputusan mereka untuk meneruskan kerjaya secara profesional dan kami telah bersetuju untuk melepaskan mereka pada 1 Sept,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasrat untuk meninggalkan BAM dan meneruskan karier sebagai pemain profesional.

Sze Fei dan Nur Izzuddin sebelum ini berpisah pada Januari tahun lepas sebelum disatukan semula enam bulan kemudian.

Pasangan itu hari ini berjaya meloloskan diri untuk ke final Terbuka Jepun 2024 selepas mengecewakan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-19, 21-17 pada aksi separuh akhir di Arena Yokohama sebentar tadi.

Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
#Sukan #badminton #BAM #Beregu Negara #Goh Sze Fei #Nur Izzuddin