Bandar Taiping akan dipilih sebagai satu-satunya Bandar Mesra Usia di rantau Asia Tenggara yang bakal dilancarkan di Hotel Taiping Perdana di sini pada 30 September ini, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Borhan Abdul Halim.
Beliau berkata bandar warisan itu dipilih selepas penarafan dibuat oleh MPT dengan melaksanakan pelbagai kriteria di antara ratusan kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencapai taraf Bandar Mesra Usia dalam tempoh lima tahun, lapor Bernama.
Katanya, lebih RM1 juta dibelanjakan MPT dalam proses kajian yang dilakukan sejak dua tahun lepas menerusi geran dari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDPP).
“Penarafan ini bukan sahaja membuatkan Taiping dikenali di mata dunia malah bandar ini akan turut dilihat sebagai “bandar orang pencen” yang dapat menarik golongan pesara untuk menetap di bandar ini sekaligus menarik pelabur luar untuk melabur di sini.
“Pihak WHO akan datang untuk membuat pemeriksaan kriteria yang dibuat di sini dan pihaknya akan melaksanakan beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPT di Wisma Perbandaran Taiping, di sini, hari ini.
Borhan berkata, malis pelancaran sebagai Bandar Mesra Usia dijangka disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, beliau berkata sebuah lukisan mural ‘Amelia Mary Earhart’ telah disiapkan dalam tempoh sembilan hari oleh pelukis Datuk Chen Teck Meng dan pembantunya Khok Chai Ong pada dinding sebuah bangunan kedai dua tingkat, di Jalan Abdul Jalil, Taiping.
Borhan berkata, mural bernilai RM280,000 itu dilukis bagi mengiktiraf Earhert sebagai juruterbang wanita pertama yang terbang solo ke Taiping. Mural itu mula dilukis pada 22 Ogos dan siap pada 30 Ogos lepas.
Mural itu menggambarkan wanita Amerika, Earhart, seorang perintis penerbangan dan seorang pengarang lahir di Atchinson, Kansas, Amerika Syarikat pada 24 Julai 1897 yang telah mencipta beberapa kejayaan dalam penerbangan.
Pada 1 Jun 1997, Earhart telah berlepas dari Miami, Florida, Amerika Syarikat bersama pembantunya Fred Noonan dengan pesawat dua enjin Lockheed Electra dalam misi penerbangannya mengelilingi dunia telah berhenti di beberapa tempat termasuk di lapangan terbang Tekah, Assam Kumbang di Taiping untuk mengisi minyak.
Sumber & Foto: BERNAMA