Laman Utama

Banduan Mati Terseksa Selepas Dipaksa Dengar Lagu Baby Shark Berulang Kali

gempak
Izwan Isa
15/09/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Banduan Mati Terseksa Selepas Dipaksa Dengar Lagu Baby Shark Berulang Kali
Seorang banduan bernama John Basco dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa dipaksa untuk mendengar lagu kanak-kanak popular, Baby Shark secara berulang kali.
Menerusi laporan StarDaily, John ditemui tidak sedarkan diri di Penjara Daerah Oklahoma, Amerika Syarikat, kira-kira jam 3.50 pagi Ahad, 11 September 2022. Ketika itu, dia berada dalam selnya.
Menurut pegawai penjara, cubaan memberikan bantuan awal kepada John dilakukan sementara menunggu bantuan paramedik. Begitupun, John disahkan meninggal dunia kira-kira 16 minit kemudian iaitu pada pukul 4.06 pagi.
John dihukum penjara selepas didapati bersalah mengedar dadah. Jurucakap penjara, Mark Opgrande berkata, tiada sebarang tanda jenayah yang ditemui pada badan mangsa dan kes itu sedang disiasat.
Tetapi, mereka tidak menolak yang John mungkin meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah secara berlebihan.
Difahamkan, John adalah banduan yang ke-14 meninggal dunia di Penjara Oklhoma pada tahun ini.
Untuk rekod, Penjara Oklahoma menerima banyak kritikan sejak beberapa bulan lalu berikutan kes kematian banduan dan banduan lolos, lapor New York Post.
Sumber: Daily Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024