Penyanyi Elly Mazlein mencuri tumpuan ramai apabila memberi jelingan ‘maut’ terhadap seorang wanita.

Reaksi spontan itu dibuat ketika Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom menemu bual wanita berkenaan di dalam program bual bicara, Borak Kelamin.

Menerusi sedutan video yang viral itu, Kak Lina bersama rakan pengacara Awal Ashaari sedang ralit mendengar perkongsian wanita itu yang mengaku pernah menjalinkan hubungan sulit dengan 5 suami orang.

Susulan kenyataan yang disifatkan sebagai ‘riak’ oleh sesetengah netizen, Kak Lina kemudian memberi reaksi terkejut ditambah dengan jelingan terhadap wanita itu.

Ramai yang menganggap Kak Lina berkemungkinan ‘menyirap’ dengan kenyataan wanita tersebut.

“Padan muka, kalau aku pun memang jeling macam Kak Lina”

“Savagenya Kak Lina! Love mata tu”

“Aku cannot la dengan reaction Kak Lina, epik,” tulis beberapa netizen.

Pada masa sama, sedutan video yang viral itu turut dimuat naik di satu entri Instagram Kak Lina malam semalam.

“Awk rasa jelingan macam tu masuk TV buat awak geram ke atau, sila jawab dikkkkk?

“Katanya episod malam tadi dalam #borakkelamin mengakibatkan ramai pecahkan TV ...betoi ke wak?,” katanya.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Untuk makluman, Borak Kelamin dengan topik Skandal Lunchtime, Mulanya Kesian, Akhirnya Jatuh Cinta, ditayangkan Isnin lalu di Astro Ria.

Namun, jika anda terlepas menonton program ini, anda boleh saksikan secara On. Demand atau Astro GO.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

BACA: “Saya Pernah Diganggu Suami Orang Ketika Berpisah” - Pendedahan Eksklusif Bella Astillah Isu Curang & Skandal Lunchtime!