Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

Firdaus
05/10/2024 15:55 MYT
Pelakon Riena Diana berkongsi detik gembira dirinya menerima sebuah telefon pintar daripada teman lelakinya, Keith Foo.

Beri Hadiah Sempena Pencapaian

Menerusi entri yang dimuat naik di TikTok, Riena menzahirkan rasa terharu apabila Keith menghadiahkannya sebuah iPhone 16 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada 20 September lalu.

Menurut Keith, telefon tersebut diberikan kepada aktres berusia 27 tahun itu sempena pencapaiannya dalam teater dan hos sebuah rancangan anugerah berprestij yang berlangsung baru-baru ini.

“Ini untuk dua pencapaian awak...

“Ini untuk dua pencapaian awak, teater dan hos dalam Anugerah Bintang Popular (ABP),” ujarnya.

undefined
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat kepada kebahagiaan kedua-dua pasangan selebriti berkenaan.

BERITA TRENDING: Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

​BERITA TRENDING: Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

​BERITA TRENDING: “Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

​BERITA TRENDING: Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

Sekadar info, Riena Diana sebelum ini mengakui mahu mendirikan rumah tangga bersama Keith Foo namun masih lagi belum menetapkan tarikh bagi hari perkahwinan mereka.

Sumber: TikTok

#Viral #Keith Foo #Selebriti #hiburan #Riena Diana #iPhone 16
;