,
Laman Utama

Bangga Lagu Menang Di Kanada, Asfan Shah & Kmy Kmo Dedah Cabarannya!

Syafiqah Jalal
29/09/2021
08:50 MYT
Lagu ciptaan Asfan Shah bersama Tripdisz, Lady D dan Kmy Kmo berjudul Sifar diangkat sebagai juara International Media Festival For Prevention (IMFP) di Toronto, Kanada, baru-baru ini.
Menurut Kmy Kmo lagu terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 2019 itu adalah hasil gabungan idea mereka yang dicipta dengan penuh teliti sehingga menemui pelbagai cabaran sebelum mendapatkan karya yang terbaik.
“Sebenarnya lagu ini sangat mencabar untuk kami hasilkan kerana ia memfokuskan kepada tajuk dan isi kandungan yang mempunyai mesej yang tepat dari PERKESO.
“Kami bangga kerana dapat membawakan sesuatu yang menerapkan eleman dari negara kita tapi dalam masa yang sama ia sangat diterima baik oleh orang luar,” katanya dalam satu siding media virtual.
Sementara itu, Asfan pula memberitahu dia berjaya hasilkan lagu ini dari ideanya sendiri serta mendapat inspirasi dari filem Warkah yang menjadi runut bunyinya.
“Saya memang ambil inspirasi dari filem Warkah dan dibantu juga dengan idea yang diberikan oleh PERKESO sendiri sehingga saya boleh keluarkan melodi yang sesuai dan bertepatan dengan misinya,” beritahunya.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr Azlan Darus berkata, lagu Sifar mengetengahkan wawasan agensi berkenaan yang disifatkan juri senada dengan agenda pada peringkat global.
"Sifar dihasilkan untuk golongan muda yang menjadi kumpulan sasaran PERKESO ketika memperkenalkan konsep Vison Zero.
"Ia adalah pendekatan strategik terhadap usaha pencegahan kemalangan yang menggabungkan elemen keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
"Golongan muda adalah golongan paling berisiko bagi keselamatan jalan raya sama ada ketika pergi dan pulang dari kerja. Liriknya juga mengandungi semua elemen yang ada dalam visi kami.
"Meskipun pesaing juga menampilkan genre yang sama, namun kelebihan karya Malaysia adalah dari segi kandungan dan gaya penyampaian yang mempunyai acuan Malaysia," terangnya.
IMFP dianjurkan setiap tahun sempena World Congress On Safety and Health At Work, mengiktiraf filem dan karya multimedia yang mengangkat tema keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Tahun ini, penganjur menerima sebanyak 289 penyertaan daripada 40 negara.
Sejak dilancarkan pada November 2019, lagu Sifar bergenre moden kontemporari dimuat naik beberapa kali menerusi saluran YouTube dan sehingga kini, berjaya memperoleh lebih 700,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

gempak
17/11/2024
13:55 MYT
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.
Hiburan

Belasungkawa: Berpulangnya Komposer 1,000 Karya & Bapa Lagu Raya, S. Atan Pernah Pesan: “Jika Saya Sudah Tiada…”

gempak
16/11/2024
22:53 MYT
S Atan meninggal dunia kerana sesak nafas.
Hiburan

"Kita Hilang Seorang Yang Begitu Bermakna Dalam Industri Muzik" - Jamal Abdillah

gempak
16/11/2024
19:12 MYT
Pemergian komposer terkenal Datuk S. Atan yang meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.
Unitar