Bangun 4 Pagi Ulangkaji Rahsia Pelajar Orang Asli Dapat 9A SPM! - "Percubaan Saya Cuma Dapat 3A"
Gempak
28/05/2024 04:56 MYT
28/05/2024 04:56 MYT
Berkat pengorbanan bangun seawal 4 pagi untuk mengulang kaji ternyata membuahkan hasil buat seorang pelajar Orang Asli dari Kampung Sungai Segenting, Chenderiang, Tapah, Perak memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 17, yang berasal dari suku Semai berkata dia dan ibu bapa menangis kegembiraan selepas menyemak keputusan secara dalam talian di rumah pagi semalam.
Dia yang tidak percaya dengan keputusan itu kemudian bergegas ke Sekolah Menengah Sains Tapah untuk mendapatkan slip keputusan SPM.
Dia yang menyimpan cita-cita untuk menjadi warga pendidik juga mengetepikan perasaan rendah diri dan berusaha mendapatkan bantuan guru secara peribadi apabila tidak memahami sebarang topik dalam mata pelajaran.
"Saya juga sering mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam dan bangun seawal 4 pagi untuk sambung belajar demi mendapatkan kejayaan ini.
"Memang tidak sangka saya berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran kerana ketika percubaan SPM saya hanya dapat 3A," katanya yang juga aktif dalam sukan Bola Keranjang sehingga mewakili ke peringkat daerah dan Catur ke peringkat negeri.
Sementara itu, bapanya Marjaidi Hirwan Sinak, 40, amat bersyukur dan gembira selepas pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang anaknya bersekolah.
"Dia memang rajin belajar sejak kecil lagi dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk aktif dalam sukan.
"Bantuan diterima menerusi biasiswa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebanyak RM700 ketika anaknya memasuki tingkatan lima serba sedikit membantu membiayai perbelanjaan dan keperluan sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 17, yang berasal dari suku Semai berkata dia dan ibu bapa menangis kegembiraan selepas menyemak keputusan secara dalam talian di rumah pagi semalam.
BERITA TRENDING: Lebih 11,000 Calon Peroleh Gred Cemerlang SPM, Catat Rekod Lebih Baik Berbanding Tahun Sebelumnya
Anak sulung daripada empat beradik itu memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik dan A bagi Bahasa Inggeris, Fizik dan Kimia serta A- subjek Matematik Tambahan dan Biologi.Dia yang tidak percaya dengan keputusan itu kemudian bergegas ke Sekolah Menengah Sains Tapah untuk mendapatkan slip keputusan SPM.
"Saya amat bersyukur atas kejayaan ini dan berharap semakin ramai Orang Asli akan lebih cemerlang dalam pelajaran selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita.
Tiada kelas tuisyen
Berkongsi usahanya untuk memperoleh keputusan cemerlang itu, Fifi Nurfatin berkata dia tidak menghadiri kelas tuisyen sebaliknya memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran dan kelas tambahan di sekolah.Dia yang menyimpan cita-cita untuk menjadi warga pendidik juga mengetepikan perasaan rendah diri dan berusaha mendapatkan bantuan guru secara peribadi apabila tidak memahami sebarang topik dalam mata pelajaran.
"Saya juga sering mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam dan bangun seawal 4 pagi untuk sambung belajar demi mendapatkan kejayaan ini.
"Memang tidak sangka saya berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran kerana ketika percubaan SPM saya hanya dapat 3A," katanya yang juga aktif dalam sukan Bola Keranjang sehingga mewakili ke peringkat daerah dan Catur ke peringkat negeri.
Pesan tak tinggal solat
Bapanya yang bekerja sebagai tukang kebun sering berpesan supaya tidak meninggalkan solat manakala ibu pula mengingatkan supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain juga menjadi antara dorongan untuk berjaya.Sementara itu, bapanya Marjaidi Hirwan Sinak, 40, amat bersyukur dan gembira selepas pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang anaknya bersekolah.