Ahli kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul berkongsi satu video yang memaparkan dirinya menyanyikan sebuah lagu yang didedikasikan buat frontliners di Instagram.

Berdasarkan video tersebut, Fakhrul dilihat menggunakan lagu hit nyanyiannya berjudul Ainul Mardhiah yang sudah ditukar liriknya untuk ditujukan khusus buat wira-wira negara yang banyak berkorban untuk kita semua rakyat Malaysia dalam menentang Covid-19.

"Tak boleh lena punya pasal semalam..saja-saja syok-syok ja. Tag frontliners atau kawan-kawan korang yang suka tolong orang tu..anda memang perwira negara.

"Okay lah, nak lelap sat, kalau saya bangun kejap lagi cukup 1,000 komen, On..malam nanti jugak rakam penuh cover..kalau cukuplah...haha," tulisnya di Instagram.

takleh lena punya pasai smlm..saja syok2 ja ? . . . tag frontliners or kwn2 korang yg suka tlg org tu..hampa mmg perwira negara . . k aa nak lelap sat...kalo sy bgn satgi ckup 1000 komen On..mlm nnt gak record full cover, kalo ckup la hahaha ? . . #ainulmardhiah #perwiranegara #unic #frontliners #covid19

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on


Namun, tanpa disedari selepas beberapa jam posting tersebut dimuat naik, netizen sudah meninggalkan lebih 1,000 komen kepada nyanyiannya.

Bahkan, video pendek nyanyiannya itu juga sudah ditonton lebih 74,000 kali.

Situasi itu secara tidak langsung membuatkan Fakrul terkejut akan respons yang diterima daripada netizen yang bersungguh-sungguh menyahut cabarannya.

"Bangun-bangun tidur terkejut! Baiii...tolong @bazliunic. Depa serius ah," katanya dalam satu posting berasingan.

bangun2 tidoq terkejut ? baiii tolong @bazliunic depa seriuss aaa ??

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on


Meninjau di ruangan komen, rata-rata menuntut janji daripada Fakhrul untuk mempersembahkan lagu tersebut dalam versi penuh.

"Terbaik ustaz ..ramai pakat-pakat tuntut ni. Ikhlas daripada kami Jabatan Netizen.

"Mana pernah netizen main-main. Good job semua orang!

"Kes potong rambut nak komen 1 juta baru dia buat pun netizen boleh selesaikan. Apatah lagi yang 1,000 ni," tulis sebahagian pengikutnya.



Apapun, memang ramai yang memuji kelunakan suara Fakhrul menyanyi secara solo itu.

Jadi, sama-sama kita nantikan versi penuh lagu nyanyiannya untuk frontliners itu ya!

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Fakhrul di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Paling penting, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!