Berita

"Bangun Pagi Wajib Mulakan Dengan Senyuman Walaupun Malam Tu ....." - Kongsi Petua Kebahagiaan Rumah Tangga, Ini Rahsia Mila Jirin

gempak
Rozaimi Zubaidi
28/07/2019
19:32 MYT
Sponsor Banner
"Bangun Pagi Wajib Mulakan Dengan Senyuman Walaupun Malam Tu ....." - Kongsi Petua Kebahagiaan Rumah Tangga, Ini Rahsia Mila Jirin
Penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mengakui bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mila berkongsi beberapa tips yang diamalkan sejak berkawhin dengan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha empat tahun lalu.
"Macam mana nak tambahkan kebahagiaan dalam rumah tangga? Bangun pagi wajib mulakan dengan senyuman walaupun malam tu marah kerana merajuk ke sebab senyuman ni macam satu penawar untuk neutralkan segala ion ion negatif yang ada dalam diri kita.
"Kalau boleh hari-hari every morning peluk erat-erat pasangan kita for few minute, feel the warm, feel the heart beat dan ucapkan I LOVE U!
"Suami isteri ni kena sama-sama buang ego dan sering maaf dan memaafkan. Kena selalu fikir, apa tujuan perkahwinan itu?
"Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama perbaiki demi mencari Redha ALLAH," tulisnya.
A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Mila dan mereka turut mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
"@shiela.jojie: Alhamdulillah. Semoga kekal sampai ke Jannah."
"@virgochenta: Bestnya dapat peluk suami hari-hari. Kita tak dapat peluklah suami kerje jauh tapi dekat sini still run business & jaga anak macam biasa. Mila salah sati idola saya dalam perniagaan. Sumber inspirasi, teruskan share tips ya."
"@masche: Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsiaan. Semoga dapat berkongsi lebih banyak tips pada semua."
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Mila dan suami sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Makkah dan Madinah.
Mila dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha bernikah pada 11 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Zikri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live