Penyanyi Datuk Aishah Ariffin mendedahkan yang anak-anaknya mahu bertemu dengan pasangan pilihan beliau terlebih dahulu jika ditakdirkan suatu hari nanti beliau ingin kembali berumah tangga.
Menurut Aishah, hal ini kerana yang anak-anak merupakan penjaganya selepas dia berpisah dengan suami, Syamsul Bahari pada Disember tahun lalu.
"Anak-anak ada beritahu saya. Kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti saya bertemu pilihan hati, mereka mahu bertemu dengan lelaki itu.
“Sebab buat masa ini, anak-anak merupakan penjaga saya. Mereka pun dah dewasa dan garang pula,” katanya kepada Gempak.
Aishah ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Ketentuan Takdir yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, semalam.
Penyanyi berusia 57 tahun itu menambah, dia tidak kekok untuk hidup bersendirian dan gembira dengan rutin baharunya selepas kembali solo.
“Jujurnya, saya ok sahaja. Kalau ikutkan memang tak banyak berubah pun. Memanglah si dia tiada di sisi, tetapi rutin masih sama. Saya ada rumah, ada anak-anak… Kalau bosan saya buat art saya.
“Memang dari dahulu lagi saya memang suka berdikari. Kalau ada persembahan yang memerlukan saya memandu, saya akan pandu kereta sendiri. Selain anak-anak menjadi sumber kekuatan, saya juga menjaga baik hubungan dengan Allah SWT,” katanya lagi.
Diajukan soalan adakah dia bersedia untuk kembali bergelar isteru, Aishah berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
“Malas sebenarnya nak bercakap soal cinta sebab saya tiada masalah untuk hidup sebegini. Sekarang saya happy. Nak makan apa saya makan sahaja. Nak bangun tidur pukul berapa pun ikut suka saya, nak tidur seharian pun tak mengapa.
“Namun, tak tahulah nanti tiba-tiba ada pula yang datang menjentik hati. Tapi buat masa ini memang tiada sebarang perancangan untuk ke arah itu (berkahwin),” tutup Aishah.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, hasil perkahwinan kedua.
Izwan Isa
Tue May 24 2022
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen