Laman Utama

Banjir Di Klang, Zaiton Sameon Sempat Buat TikTok Berpayung Atas Pelampung - "Ramai Ker Terhibur, Saya Buat Saja-Saja Jer"

gempak
Amri Hassan
18/12/2021
10:25 MYT
Sponsor Banner
Banjir Di Klang, Zaiton Sameon Sempat Buat TikTok Berpayung Atas Pelampung - "Ramai Ker Terhibur, Saya Buat Saja-Saja Jer"
Penyanyi legenda Zaiton Sameon antara mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir air pasang besar yang berlaku di Klang, Selangor.
Berkongsi perkara terbabit, Zaiton, 64, memaklumkan kediaman keluarga adik angkatnya yang dikenali sebagai Ika di kawasan Kapar, Klang masih dalam keadaan berjaga-jaga.
"Saya berada di rumah adik angkat saya dan memang betul sekarang kawasan ini dilanda banjir. Setakat ini air sudah naik hingga paras lutut dan kami sekeluarga masih berwaspada dengan sebarang kebarangkalian.
"Semoga hujan reda dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Zaiton sempat berkongsi sepotong video dirinya berpayung sambil duduk di atas pelampung di perkarangan rumah.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelbagai reaksi diterima daripada pengguna media sosial hingga ada yang terhibur dengan gelagat Zaiton yang turut menyunting video tersebut dengan lagu hit nyanyiannya, Kabut Serangkai Mawar.
"Ye ker ramai yang terhibur? Saya buat video itu saja-saja sebab tak boleh nak buat apa sebab tengah hujan," respon Zaiton.
Sehingga dimuat naik, sejak pukul 2 petang Ahad, video itu telah ditonton lebih 366,000 kali.
Ramai yang berseloroh, menyifatkan Zaiton sedikit sebanyak melegakan perasaan resah orang ramai yang kini terjejas dengan kejadian banjir itu.
"Seronoknya nampak main-main banjir tu kan...
"Kreatif, ramai yang tergelak-gelak!
"Santai-santai Kak Eton main banjir ni. Hati-hati ya.
"Sempat pula buat video klip. Memang legend.
"Orang tengah pening banjir dia relaks je buat TikTok," demikian tulis beberapa pengguna di TikTok.
Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak Sabtu telah menyebabkan keadaan di sekitar Klang bertambah buruk dan jurucakap Meteorologi Malaysia menjangkakan air pasang setinggi empat meter akan melanda perairan berkenaan.
Sejumlah 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.
Semalam, sebanyak 20 kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang.
Kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi.
Tonton video Zaiton di sini:
@realzaitonsameon
Banjir oh banjir##fyppp ##zaitonsameon
♬ Kabut Serangkai Mawar - Zaiton Sameon
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024