Banjir Makin Mengganas Di Selangor, Netizen Mula Risau - “ Tolong Duduk Rumah, Jangan Keluar Ke Mana-Mana”

Izwan Isa
Disember 18, 2021 09:50 MYT

Cuaca yang kurang baik dengan keadaan hujan yang tidak berhenti sejak semalam sedikit sebanyak membawa kegusaran dalam kalangan netizen.

Menerusi tinjauan di laman Twitter, ramai yang berkongsi tentang keadaan di kawasan persekitaran masing-masing yang mula ditenggelami air.

Jalan dari KLIA menghala Putrajaya / Kota Warisan / Nilai banjir teruk. pic.twitter.com/vRyLarO8a2

— MR ?? (@maliqueredzuan) December 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara kawasan yang teruk terjejas adalah Klang. Sehingga pukul 7 pagi tadi, seramai 1,011 orang telah dipindahkan ke kawasan pemindahan akibat kenaikan air yang mendadak.
Selain itu, ada juga yang terperangkap sejak semalam di kawasan North Port akibat kawasan tempat kerja dinaiki air.
Menerusi satu ciapan, seorang pengguna Twitter meminta orang ramai supaya berhati-hati memandangkan air telah naik di kebanyakan kawasan.
“Assalamualaikum dan good morning! Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam dan Klang, atau mungkin tempat lain. Sila jaga diri kamu semua.
“Air dah mula naik, banjir is everywhere. Elektrik pun terputus sejak semalam sehingga sekarang. Bateri saya tinggap 2 peratus. Jaga diri,” tulisnya.
Selain itu, ada juga yang berpesan supaya duduk di rumah dah tidak keluar ke mana-mana pada waktu sebegini.

Guys, this banjir is no joke. Please stay at home, don’t try to get out during this time. Car owners, make sure you’ve parked your car somewhere safe.

— Gayathri Murali (@gayathrimurali_) December 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Guys, banjir ini bukan main-main. Tolong duduk rumah, jangan keluar ke mana-mana kali ini. Pemilik kenderaan, pastikan kereta anda diletakkan di tempat yang selamat,” katanya.
Menurut ramalan kaji cuacara, hujan bakal berterusan turun di sekitar Lembah Kelang sehingga malam.

#Shah Alam #Banjir #Klang