Pengacara dan pelawak Harith Iskander gembira kerana dapat membantu seekor anjing kudung dengan memberikan rawatan dan penjagaan yang baik.

Anjing yang bernama Marvella itu pada mulanya diselamatkan oleh seorang wanita, Nurull Ain Abdul Hamid sebelum diambil oleh Harith sebagai anak angkat.

BACA :“Kami Jatuh Cinta Kepada Marvella Ketika…” - Harith Iskander Jadikan Anjing Kudung Anak Angkat, Wanita Ucap Terima Kasih

Akui menerima kritikan melampau daripada sesetengah pihak, Harith akui tidak terkesan, sebaliknya yakin dengan nilai-nilai murni dalam ajaran Islam.

"Saya bantu kerana saya percaya Islam menggalakkan kebaikan, saya menolong seekor anjing dan pada masa yang sama saya tahu menjaga iman.

"Saya rasa ia tak memberi kesan kepada cara orang lain menjaga iman mereka," kongsinya di Instagram.





Dalam pada itu, Harith mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sokongan kepadanya untuk membantu Marvella.

"Saya tak mahu komen tentang perkara negatif yang ditujukan kepada saya, tetapi saya mahu ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan untuk saya membantu Marvella, dan ya, ramai juga rakan-rakan Muslim yang turut memberi sokongan.

"Saya seorang yang beragama Islam, saya ada iman dalam Islam, dan saya percaya dengan sifat berperikemanusiaan," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Harith berasa tersentuh melihat keadaan anjing tersebut.

Ramai juga yang memuji usaha murni Harith untuk membantu haiwan yang bernasib malang.

Her life has been tragic from the beginning. Abandoned and abused she should not have survived ... but because of kind souls who rescued her, she did. And she's a fighter. I have to say that despite her tough beginnings she is one of the most loving animals I have ever come across. If i am in a position where i can help a dog with 2 legs live a better life, I would help because the Islam I believe in allows for compassion and kindness and me taking care of a dog and me knowing how to manage my faith should have no affect on how other people deal with theirs. I won't comment on all the abuse and slander thrown my way by some people (which is not surprising) but I will thank all those who have shown support and compassion for Marvella's plight .. and yes, that has come from many Muslims as well. I'm a muslim, my faith is in islam, and I believe in being humane. #marvellathewonderdog #survivor Thank you @nurullainabdulhamid @dogwheelchairmalaysia

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on