Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, berbesar hati apabila jenama waterjet terkemuka keluaran German menaja peralatan tersebut untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Rosyam berkata, pada mulanya beliau mahu membeli beberapa unit waterjet untuk tujuan pembersihan, tetapi tidak menjangkakan dia diberikan gadget tersebut secara percuma.

“Terima kasih @karchermalaysia bermurah hati membantu sponsor Water Jet Terbaik Keluaran German bagi team saya membantu membersihkan rumah yang kena bencana banjir

“Mula mula aku datang nak beli. Tapi bila Boss dia tau aku nak tolong mangsa banjir dia dengan berbesar hati sponsor,” katanya.

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram (IG), Rosyam bersama kumpulannya sudah bersedia untuk menjalankan misi bantuan mereka.

Di ruangan komen, ramai pengikut memuji usaha Rosyam dan tidak kurang juga yang mengaitkan dengan isu tular sumbangan RM1,000 untuk seunit waterjet, oleh sebuah parti politik.

[[BACA: Minta Sumbangan Pembelian Waterjet Berjumlah RM1,000 Seunit, Sekali Netizen Siasat Harga Jauh Lagi Murah!]]

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)