Aktor popular antarabangsa, Tom Hardy dilaporkan telah membantu pihak polis untuk menangkap seorang pencuri ketika sedang berjalan-jalan di kota London.

Menurut laporan Daily Mail, Tom Hardy bersama-sama orang awam telah bekerjasama menangkap penjenayah yang ketika itu dikejar oleh pihak polis.

"Semasa kejadian Tom sedang berjalan di tengah ibu kota London dan secara tiba-tiba sekitar kawasan tersebut menjadi kecoh apabila dua orang pencuri melarikan diri dengan sebuah motosikal yang dicurinya.

"Tom yang ketika itu berada tidak jauh dari lokasi kejadian terus mengejar suspek tersebut menyelusuri beberapa banggunan sebelum berjaya menangkap percuri itu.

"Manakala seorang lagi ditangkap oleh pihak polis setelah terjatuh dan merempuh sebuah kereta ketika cuba melarikan diri.

"Tom juga menerima pujian daripada orang ramai kerana berjaya membantu menangkap pencuri tersebut walaupun perkara itu membahayakan nyawanya," kata sumber.

Tambah sumber lagi, kejadian berlaku bukan ketika pelakon itu sedang menjalani mana-mana penggambaran filem sebaliknya dalam situasi sebenar.

Olahan: Rozaimi Zubaidi