Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bantu Rakyat Malaysia di LA, Keprihatinan Yuna Dapat Pujian

Kamaruddin Razal
19/12/2017 13:31 MYT
Status sebagai artis popular bukan halangan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Penyanyi tempatan yang kini menetap di Amerika Syarikat, Yuna, tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga dari Kedah yang berhadapan situasi sukar ketika percutian mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Semuanya bermula selepas seorang peminat Yuna, Amirah Saad, menghantar direct message (DM) ke Instagram Yuna, memaklumkan tentang situasi yang dilalui rakannya, Tasnim Radzi di LA.

Bapa Tasnim tiba-tiba rebah dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan, minggu lalu.

Yuna kemudiannya terpanggil untuk menziarahi keluarga itu di hospital dan memuji komuniti Malaysia di kota metropolitan itu yang tidak berkira dalam menghulurkan bantuan.

"Rasa terharu apabila ada pelajar Malaysia yang menawarkan keluarga ini untuk tinggal di rumah mereka.

"Apa sahaja bentuk bantuan tentunya dihargai, dan saya akan mengemaskini situasi terkini mereka nanti," tulis Yuna.

Yuna juga tidak ketinggalan meninggalkan nota kaki meminta perkhidmatan Uber agar dapat melakukan sesuatu untuk membantu keluarga itu yang berulang-alik ke hospital menggunakan Uber.

Penyanyi lagu Crush itu turut melahirkan rasa terharu dengan ikatan persahabatan yang cukup erat antara Amirah dan Tasnim.

"Siapa yang akan DM seorang penyanyi untuk meminta bantuan bagi pihak kawannya? Tentunya kawan yang paling baik!" tulisnya.

Di ruangan komen, netizen memuji sikap Yuna dan berharap ia menjadi contoh yang baik kepada para peminatnya.

Malah salah seorang anggota keluarga terbabit turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap apa yang dilakukan Yuna.

"Terima kasih Yuna! Hanya Allah sahaja yang dapat balas apa yang Yuna dah tolong kami sekeluarga," tulis pengguna Instagram, Nor Afiqah Mohd Radzi.

Sumber: Astro Awani
Foto: NY Mag

Today I visited @tasnimradzi and her family at the California Hospital Medical Center.. thanks to her friend @amirahsaad who DMed me about this Kedahan family from Alor Setar, Malaysia they were on their 1st family vacation in the U.S. when Tasnim's dad collapsed last week here in L.A, but Alhamdulillah the hospital was quick to treat him & saved his life ..now he's recovering! PS: @uber @uber_my lets help them as they've been takin the @uber back & forth the hospital. Also, so much love for LA based Malaysian students who offered their home to this family!! Any help is good will post more soon about this. Praying for a speedy recovery to uncle Radzi, it was great meeting you all, made me miss my little family back home?❤️ also what kind of friend DMs a singer through IG asking to help a friend? the crazy kind, the best kind! Tasnim&Amirah y'all are friends for LIFE. I've to say I'd do the same for my friends too. #itsaMalaysianthing ??#kedah

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

#Penyanyi #Yuna #Penyanyi
;