Laman Utama

“Bantuan Khas Covid-19 Akan Dikreditkan Hari Ini” – Perdana Menteri

Fiza Kamarudin
05/09/2021
22:40 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan mula dikreditkan hari ini.
Pengumuman tersebut dibuat Ismail Sabri menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya pada petang semalam (Ahad).
Beliau juga berharap agar BKC sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Tambah beliau lagi, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
“Mulai esok, 6 September 2021, proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula. “Dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.
Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Berita

“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

gempak
06/05/2024
05:25 MYT
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Berita

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!

gempak
01/05/2024
07:55 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Laman Utama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Undang Ahmad Dhani Sambut Majlis Maulidur Rasul

gempak
28/09/2023
15:42 MYT
Ahmad Dhani bakal melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, esok.