Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bantuan Khas Covid-19 Akan Dikreditkan Hari Ini” – Perdana Menteri

Fiza Kamarudin
05/09/2021 22:40 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan mula dikreditkan hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat Ismail Sabri menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya pada petang semalam (Ahad).

Beliau juga berharap agar BKC sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Tambah beliau lagi, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“Mulai esok, 6 September 2021, proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula.
“Dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my

#Perdana Menteri #Bantuan Khas Covid-19 #BKC #Dato Seri Ismail Sabri Yaakob
;