Kerajaan Negeri Terengganu akan menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM10,000 kepada setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan banjir sebagai tanda simpati terhadap kejadian yang berlaku.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri turut menyalurkan Bantuan Khas Tunai RM 1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar sebagai mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.
"Bantuan lain seperti pembaikan rumah yang rosak, pembinaan semula rumah yang musnah dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri setelah mendapat maklumat penuh penilaiannya," katanya Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini selepas taklimat pengurusan banjir di Pejabat Daerah Kemaman baru-baru ini.
Ahmad Samsuri sebelum itu meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Binjai Kemaman.
Katanya, kerajaan negeri turut mengalu-alukan mana-mana syarikat yang beroperasi di negeri ini atau di luar negeri Terengganu yang ingin memberi sumbangan supaya menyalurkannya menerusi Tabung Darul Iman.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana menghulurkan bantuan segera RM50 juta, selain kerajaan negeri Selangor sebanyak RM500,000, Pahang (RM150,000) dan Kedah (RM200,000).
Sementara itu dalam sidang media yang turut disiarkan menerusi Facebooknya itu, Ahmad Samsuri menyifatkan banjir yang dialami oleh Terengganu kali ini agak luar biasa sehingga menjejaskan persiapan yang dilakukan kerajaan negeri sebelum ini.
"Kita berdepan dengan cabaran yang agak luar biasa kali ini berikutan cuaca yang agak ekstrem yang tidak pernah dihadapi dalam sejarah negeri Terengganu. Hujan lebat telah menyumbang kepada keadaan banjir yang luar biasa ini dan kita mengakui di sana sini ada kelemahan walaupun kita telah bersedia.
"Perbincangan dan mesyuarat untuk menghadapi banjir ini telah dilakukan secara berkala lebih awal sebelum ini, tetapi cuaca yang ekstrem telah mengatasi perancangan kita sehingga ada tempat-tempat tertentu tidak mampu dicapai oleh aset yang ada," katanya.
Keadaan itu katanya menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada pihak luar termasuk pihak swasta untuk membantu memindahkan mangsa banjir.
Beliau turut mengakui ada mangsa banjir yang lewat menerima bantuan makanan dan keadaan itu terjadi apabila premis yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) turut dinaiki air dan mereka terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
"Jadi ini memberikan satu cabaran besar kepada seluruh agensi yang terlibat menguruskan banjir kali ini.
"Sehubungan itu segala kekurangan daripada kelemahan itu sekiranya datang daripada pihak kerajaan, saya ambil kesempatan memohon berbanyak maaf dan akan cuba memperbaiki pada masa akan datang," katanya.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Awani
Sat Dec 24 2022
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.