Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menyuarakan pendapatnya mengenai keperluan rata-rata rakyat Malaysia untuk mengeluarkan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 ketika ini.

Mila berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Penyanyi lagu Aku Lebih Tahu ini merayu kerajaan supaya membantu golongan yang memerlukan, kerana wang yang diperlukan itu adalah bukan untuk bersuka ria.

"Mereka minta duit KWSP mereka bukan untuk bersuka ria. Wahai kerajaan tolong bantu mereka yang amat memerlukan.

"Tan Sri @muhyiddinyassin_official saya mencadangkan, mereka yang keluarkan duit mereka ini ikut cara Moratorium contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja yang difikirkan baik.

"Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan start up untuk mereka berniaga kecil kecilan.

"Bantulah mereka wahai kerajaan, rakyat sedang susah," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Mila turut bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan mengeluarkan wang KWSP untuk menyara kehidupan ketika ini adalah satu perkara wajar.

Wahai kerajaan TOLONG bantu mereka yang amat MEMERLUKAN - Tan Sri @muhyiddinyassin_official saya mencadangkan, mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara MORATORIUM contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja lah yang difikirkan baik. Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan START UP unt merela berniaga kecil kecilan. - Bantulah mereka wahai KERAJAAN...Rakyat sedang susah...

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on


AWANI hari ini melaporkan, kerajaan digesa pertimbangkan untuk meluaskan bantuan lanjutan moratorium dan menghalusi pengeluaran kemudahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menambahkan lagi kategori golongan yang boleh mendapat faedah itu.