Menjalani penggambaran ketika tempoh pandemik, telemovie komedi London With Love mencetuskan pelbagai aura tersendiri untuk ditonton.

Selain menampilkan ramai pelakon hebat dan kelakar, ia juga dirakam 100% di London!

Bagi anda tertanya, apa yang menariknya drama ini, berikut merupakan tiga perkara wajib anda perlu tahu tentang London With Love.

#1 Banyak Scene Berdekah!

Lihat saja babak viral Andi Bernadee mencium stoking milik Norreen Iman. Itu mungkin baru 5% daripada lawak yang ditampilkan dalam telemovie ini.

Satu perkara yang menarik anda perlu tahu, pengarah dan penulis skrip Janna Nick menghasilkan skrip secara ‘on the go’.

“Memang everytime shoot baru buat i buat, on the go.

“Bila confirm location baru kita buat skrip,” kata Janna.

#2 Penuh Mesej Tersirat!

Kalau nak tahu, telemovie ini sarat dengan mesej dan pengajaran tersendiri.

Antaranya termasuklah isu persahabatan dan kesetiaan seseorang itu.

“Jangan khianati kawan disebabkan satu lelaki. Dengan kehadiran seorang lelaki ni dia boleh musnahkan persahabatan,” katanya.

#3 Hello London!

Antara yang menariknya tentang telemovie ini, penonton juga boleh melancong secara ‘virtual’.

Malah, penggambaran dilakukan 100% di London!

Jadi kalau rasa nak melancong ke London, silalah tonton London With Love

A post shared by sooka (@sookamalaysia)

Jadi untuk saksikan lebih banyak lagi babak ‘berdekah’ dalam London With Love, anda boleh tontonnya secara eksklusif di Sooka.

Dengan serendah RM15.90 sebulan, langgan VIP Entertainment untuk menonton London With Love dan pelbagai rancangan-rancangan yang menarik di aplikasi sooka seperti Jangan Menangis Cinta, Dendam Seorang Isteri, filem2 lama & baru dan banyak lagi.

Sekadar info, London With Love mengisahkan keseronokan percutian tiga sahabat di London bertukar ‘upside down’ hanya kerana kehadiran seorang lelaki.

Sejauh mana kekecohan berlaku, jom tonton London With Love di Sooka!