Hiburan
"Banyak Hikmah Yang Saya Dapat..." - Aqo Imran Nak Fokus Tambah Rezeki, Tak Mahu Kenang Peristiwa Pahit
Jurugambar bebas Aqo Imran tidak mahu mengenang kontroversi yang pernah dialaminya baru-baru ini hingga boleh menjejaskan emosinya.
BERITA BERKAITAN: Syukur Dikelilingi Orang Positif, Aqo Imran Anggap Ada Hikmah Disebalik Insiden ‘Serang’ - “Mungkin Tuhan Mahu Saya Menangis & Terus…”
BERITA BERKAITAN: #GempakVideoNews : Aqo Imran Bersyukur Kejadian Berlaku, Lebih Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Menurut Aqo, apa yang berlaku itu menjadikan dirinya lebih muhasabah diri selain menganggap banyak hikmah yang tersembunyi.
“Apa yang sudah terjadi saya anggap itu semua pengajaran untuk diri saya, tetapi apa yang lebih penting selagi kita hidup kita buat baik dengan semua orang.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak hikmah yang saya dapat dari kejadian ini, saya tak putus-putus dapat tawaran untuk ambil gambar. Saya pun tak sangka.
“Hari-hari ada sahaja yang pm saya untuk beri saya ruang dan rezeki. Syukur sangat-sangat,” katanya kepada Gempak.
Kongsi Aqo, sepanjang dia ditahan dalam kes tersebut, dia bersyukur kerana mendapat layanan baik dari pihak berkuasa.
“Semua rahmat Allah, Saya dilayan sangat baik. Semua polis yang saya temui buat saya rasa selesa.
“Tidak timbul apa-apa isu sepanjang saya ditahan untuk siasatan kes berkenaan,” ujarnya.
Dilaporkan sebelum ini, dua pereka fesyen, Razman dan Razmi Abdul Rahman cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Dalam kejadian itu, kedua-duanya yang juga merupakan pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Sebelum ini, dalam satu temubual media, Razmi mengaku ada berhutang sejumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta sekitar 2019.