"Banyak Kali Kena Sergah Anjing, Ingat Aku Nak Merompak" - Izzue Islam Pernah Jadi Dispatch Susu

Amri Hassan
Mei 2, 2019 02:49 MYT
Penyanyi dan pelakon Izzue Islam berkongsi pengalamannya ketika bekerja sebagai penghantar susu sebelum bergelar artis.
Kata Izzue, pelbagai pengalaman menarik diperolehnya sepanjang tempoh berkenaan dan menjadi kisah terbaik untuk dikongsikan buat anak-anaknya kelak.
"Ini article 2010. Aku pernah kerja jadi penghantar susu, serius mencabar okay keje ni!
"Setiap hari pukul 5 pagi aku kena pegi gantung susu dekat gate rumah customer.
"Banyak kali aku kene sergah dengan anjing tuan rumah, pastu penah kena tahan dengan abang-abang rukun tetangga sebab diorang ingat aku nak merompak!
"Pernah kena saman sebab 5 pagi kan tak ada orang, aku u-turn je la tempat yang salah sekali tetiba je Mr. Polis sampai.
"Memang cekap betul dia buat keje. Apepon aku besyukur sebab ade pengalaman hidup macam ni, boleh la juga buat cerita kat anak-anak bila dah ade anak nanti," katanya yang turut melayangkan ucapan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei.
Perkongsian itu menyuntik inspirasi buat peminatnya agar tidak cepat mengeluh untuk mencari rezeki yang halal.
#Izzue Islam #Susu #Hari Pekerja