Gaya Hidup
"Banyak Kedai Tutup, Kucing & Anjing Yang Selalu Menagih Ihsan Tiada Lagi Tempat..." - Aishah Mohon Jangan Dilupakan
Dalam keadaan wabak Covid- 19 yang sedang melanda seluruh dunia, bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa, malah haiwan-haiwan yang berkeliaran tanpa tuan juga turut tersiksa.
Bayangkan kalau dulu banyak tempat makan yang mampu memberi lebihan makanan kepada binatang-binatang seperti kucing dan anjing ini, kini mereka sukar mendapatkan makanan.
Penyanyi terkenal Aishah turut memohon agar binatang-binatang ini tidak dilupakan.
"Dalam kita berhadapan dgn wabak Covid- 19 ni,janganlah kita lupa makhluk Allah swt yang lain. Anak-anak bulus diluar sana yg tiada forever homes,kawan2 Bambam dan Mekjah.
"Kalau kita takut nak keluar jauh-jauh, memadai kalau kita letakkan di luar pagar rumah kita. Sekiranya tak ada kibbles atau makanan kering, lebihan ayam atau ikan pun boleh juga diletakkan dengan sebekas air," pohon Aishah pada satu entri di Instagramnya.
Tambah Aishah, dalam keadaan sekarang ini dengan kedai-kedai makan yang banyak ditutup, tentulah sukar untuk binatang-binatang ini mendapatkan sisa-sisa makanan.
"Sekarang ni banyak kedai ditutup jadi kucing dan anjing yang selalunya menagih ihsan peniaga-peniaga tiada lagi tempat memohon secebis makanan.
"It's time to show some compassion, every little kind gesture helps. Jangan kita lupa kisah bagaimana seorang pelacur yang memberi seekor anjing minum dari kasutnya, Allah swt balas dengan syurgaNYA.
"Siapa tahu,Allah swt turunkan bala ini untuk memberi kita peluang mencari tiket kita ke jannah, melalui keprihatinan kita sesama makhluk. I believe we will see the bravest,kindest acts of human kind but also the most hideous unimaginable actions by some in this Covid- 19 episode," tulis Aishah.
Tambah Aishah lagi, jika kita mampu memberi peringatan kepada diri kita dan mereka di persekitaran kita untuk melakukan kebaikan, dunia ini akan menjadi lebih aman.
"Stay safe,stay healthy,STAY HOME!" tulis Aishah lagi.
Must-Watch Video