Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Banyak Kepala Spermanya Cacat” - Doktor Berpendapat Air Mani Lelaki Aktif Berbasikal Berisiko 'Lemah'?

Amri Hassan
21/12/2020 23:18 MYT
Berbasikal menjadi trend gaya hidup semasa untuk beriadah dan bersukan sejak akhir-akhir ini.

Namun, kongsi seorang doktor @Ahmad.RZ menerusi akaun Twitternya, hobi berkenaan dikhuatiri punyai kesan sampingan kepada golongan lelaki.

"Ujian semen lelaki 29 tahun yang aktif dalam cycling. Tidak merokok & tanpa penyakit lain.

"Hampir 80 peratus spermanya bergerak tanpa hala tuju, iaitu ke kiri dan kanan, ke depan dan belakang.

"Banyak kepala spermanya juga cacat. Cycling boleh jadi punca kerana lebihan haba boleh merosakkan sperma," jelasnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Justeru, Dr. Ahmad menyarankan agar golongan lelaki tidak melakukan aktiviti berbasikal dalam tempoh melebihi 5 jam.

"Elakkan cycling terlalu lama, iaitu melebihi 5 jam dalam seminggu.

"Testis akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan seluar yang ketat," tambahnya.

Bagaimanapun, pandangan Dr. Ahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Malah ada juga dalam kalangan petugas kesihatan yang tampil dengan pandangan berbeza.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Sumber: Twitter
Foto: carian Google
#Doktor #Basikal #Kajian #Cacat #Sperma
;