Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Banyak Lagi Video Dibelasah, Rakan Dedah Cut Intan Nabila Pernah Ditendang Ketika Sarat Mengandung - “Itu Bukan Rumah Tangga Tapi Neraka!”

Gempak
20/08/2024 02:25 MYT
Masalah rumah tangga Cut Intan Nabila semakin hangat selepas teman baiknya iaitu Shella Sauki mendedahkan bahawa pempengaruh Indonesia itu pernah berdepan penderaan fizikal sama ketika hamil anak ketiga.

Ada banyak video

Menurut Shella yang juga pempengaruh terkenal di negara seberang, terdapat banyak lagi video yang belum dikongsikan kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shella memaklumkan bahawa suami Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreoder bertindak menendang rakan baiknya itu yang ketika itu sarat mengandung sehingga jatuh dari katil.

"Semalam Intan tunjuk beberapa video dia dibelasah Armor, rupa-rupanya masih banyak lagi video yang belum kongsi kepada umum.


"Video itu bukti dia dipukul dan ditendang jatuh dari katil ketika sedang hamil di depan anaknya," katanya menerusi kemas kini di Instagram story.

Itu bukan rumah tangga tapi neraka


Shella juga menyifatkan situasi yang dihadapi oleh Intan seakan-akan dalam neraka kerana sentiasa didera suaminya meskipun dalam keadaan yang lemah.

"Lepas bersalin pun kena seksa lagi. Itu bukan rumah tangga tapi rumah neraka! Dia harus dapat balasan dari Allah atas perbuatan kejinya," ujar Shella.

Artikel berkaitan: Cut Intan Nabila Akhirnya Buka Mulut, Mohon Maaf 5 Tahun Rahsiakan Kisah Rumah Tangganya

Artikel berkaitan: Kantoi Tengok Porno Punca Suami Cut Intan Nabila Mengamuk Sampai Naik Tangan, Kasari Anak

Artikel berkaitan:Tak Tahan Dicurangi, Cut Intan Nabila Muat Naik Rakaman Dibelasah Suami, Anak Masih Bayi Pun Kena Tendang


Sebelum ini, Intan telah bertindak mendedahkan suaminya melakukan penderaan fizikal terhadapnya dengan memuat naik rakaman video memaparkan dirinya dipukul Armor di kediaman mereka.

Intan juga turut mendedahkan bahawa suaminya itu sudah beberapa kali curang dengannya sepanjang lima tahu menjalani bahtera perkahwinan.


Armor dipercayai sudah dalam tahanan polis elepas berjaya di tahan di sebuah hotel pada 15 Ogos lalu.


Untuk info, Intan dan Armor telah mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata.

#Dera #Intan #Armor Toreador
;