“Banyak Nak Kena Maintain..”- Aqasha Sambut Anniversary Ke-10
Syafiqah Jalal
11/10/2020 08:38 MYT
11/10/2020 08:38 MYT
Pelakon Aqasha menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 bersama dengan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri semalam.
Kata Aqasha perkahwinan itu diibaratkan seperti pelajar yang sedang menyambung pengajian ‘Master’ atau ijazah sarjana.
“Pejam celik, pejam celik dah 10 tahun aku kahwin hari ni.
“Perkahwinan ini ibarat macam buat master juga. Master dalam pengendalian hidup dan rumahtangga.
“Ada orang suka ‘repeat paper’. Ada orang tak cukup kredit. Ada orang lulus sekali jalan. Ada juga yang tak jenuh-jenuh tukar subjek,” katanya.
Aqasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Aqasha turut memberitahu bukan soal usia perkahwinan yang perlu dibanggakan tetapi yang penting bagaimana mereka hendak mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumah tangga.
“Kapal kalau dah 10 tahun usia, kata orang banyak nak kena ‘maintain’. Inikan pula sebuah perkahwinan.
“20 tahun usia boleh karam, semalam baru keluar pelabuhan pun boleh karam.
“Bukan soal usia kapal. Soal kapten kapal & anak kapal juga buritan kapal.
“Kalau buritan kapal pun tak tahu, tak usah sibuk tanya buritan lain la. Kecoh la,” katanya lagi.
Aqasha dan Baizura telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan telah dikurniakan dua cahaya mata.