Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Banyak Platform Media Sosial Diwujudkan Untuk Jatuhkan Ruhainies - “Walaupun Ada Orang Berniat Jahat, At The End Of The Day…”

Asyikin Mayudin
05/09/2024 04:55 MYT
Pelakon Ruhainies mendedahkan terdapat beberapa platform laman sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak benar untuk menjatuhkannya.

Percaya pada rezeki

Bagaimanapun Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata dia tetap meletakkan kepercayaan pada Allah dalam soal rezeki.

“Sebenarnya, sejak dari bulan Mac lagi memang wujud page yang tidak dikenali dekat IG, FB dan beberapa platform lain. Dia memang menganggu saya punya kerja la.

“Ada banyak jenama-jenama yang datang pada saya maklumkan yang orang yang sama (pernah email). Jadi, saya tak pasti siapa… memang dia suka buat surat layang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Akui Diri Tak Sempurna, Berdoa Tuhan Pelihara Diri Dari Buka Aib Orang Lain - "Allah Peliharalah Hatiku..."


ARTIKEL BERKAITAN: Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Ruhainies - “May He Grant You Blessings For Every Good You Have Done”

“Memang sengaja nak menjatuhkan saya. Tapi bagi saya, saya percaya pada rezeki. Walaupun ada orang cuba jatuhkan dan ada berniat jahat, at the end of the day, rezeki datang daripada Allah,” katanya kepada Gempak.

Adik kepada pelakon Nur Risteena ini ditemui ketika acara Mid-Autumn Festival yang diadakan di Maison Fiziwoo, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada malam, Rabu.

Hanya mewakili negara

Dalam pada itu, Ruhainies turut menegaskan dia dan aktor dari Thailand iaitu Alek Teeradetch tidak mempunyai hubungan seperti yang didakwa malah mereka hanya mewakili negara masing-masing untuk satu percutian, baru-baru ini.

“Saya dan pelakon itu pergi untuk bekerja. Dia mewakili negara dia iaitu dari Thailand dan saya pergi untuk Malaysia. Yang pergi memang wakil artis dari setiap negara,” ujarnya.

Terdahulu, seorang selebriti tempatan didakwa cuba memikat teman lelaki kepada aktres Thailand Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch yang juga aktor ketika menyertai satu percutian, baru-baru ini.

Perkara tersebut didedahkan seorang individu yang memaklumkan selebriti tempatan itu turut mencuba nasib mengurat seorang lelaki bernama Erik.

Meskipun tidak mendedahkan mana-mana selebriti, namun rata-rata warganet memetik nama Ruhainies selepas mereka mendapatkan bayangan daripada e-mel tersebut.

#Ruhainies #Alek Teeradetch #Bow Maylada #Nur Ruhainies