Bintang Big Stage, Sissy Imann akui mendapat kiriman produk tempatan dan antarabangsa selepas berkongsi masalah kulit muka yang semakin teruk beberapa bulan lalu.

Malah, kata Sissy, 24, dia turut mendapat tawaran untuk melakukan rawatan wajah di beberapa klinik estetik bagi mendapatkan kulit muka licin seperti dahulu.

"Selepas berkongsi masalah kulit muka baru-baru ini saya mendapat pelbagai produk kecantikan tak kira tempatan dan antarabangsa.

"Ada juga klinik estetik yang menghubungi saya untuk membantu menangani masalah ini tetapi sekarang saya masih belum ada keyakinan dan fobia untuk menggunakan produk atau membuat rawatan wajah.

"Disebabkan masalah kulit muka saya ini juga, saya jadi takut. Jadi saya biarkan kulit muka saya 'berehat' daripada sebarang produk.

"Cuma saya mengamalkan penjagaan asas seperti jangan membiarkan solekan di wajah dalam tempoh terlalu lama dan kerap mencuci muka bagi mengelakkan jerawat tumbuh," ujarnya kepada Gempak.

Hi everyone. I have something to share with you all. I might lose any campaign collaborations or get the ones locked cancelled or lose engagements because of this but wtv. I really NEED to share this. I’m gonna leave this here for you all to ponder. . This is my current skin condition. All bared. No. Not even close to clean & clear or flawless as what you all saw on my photos and story before this. Acne, scars, red spots, uneven surface on my nose, it’s all there. . I often feel sad whenever questions like “Sissy pakai product apa eh skin flawlessnya” being thrown to me. Rasa mcm, aduh if only korang tahu yg post toh semua sbb Sissy pandai cari angle lighting elok and berusaha dok tweak filter kasi tak nampak.. korang mmg takkan tanya sissy pakai skincare apa. . I am a late bloomer, kalau tanya kawan-kawan Sissy masa sekolah menengah mmg kulit Sissy cantik. My skin started to have breakouts during my degree years. Dulu lagi la, penuh jerawat dekat dahi. . So to tell you the truth, I’m giving my skin it’s own sweet time to go through this normal phase of being a growing human . But at the same time, I am also still searching for the perfect skincare for my skin. . But often, I wonder, why some people are blessed with clear skin and why am not. Others have zero need to try new products every now and then to decide which suits their skin best. . Later then, I realised I am blessed. I might not have clear skin but I am blessed with healthy hair. I often get praised by hairstylist, telling me to not chop my hair short whilst certain people might have a hard time struggling to maintain their hair. Secrets to it? Just shampoo (important to find the most suitable one for your hair), hair conditioner once in a while (itu pun pakai lepas show je sbb nak hilangkan keras hairspray), no serum or what so ever . My hair is not brittle, no dandruff problems, no split ends. Alhamdulillah. . My point here is, we are all normal human being. Some people are blessed with clear skin, some with healthy hair, some with artsy talent, some in sports. . Remember, What you have now might be taken away from you someday, Be grateful for what you have. Tuhan Maha Adil. . :)

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann) on


Sissy akui pernah mendapatkan khidmat rundingan daripada pakar kulit sebelum ini namun disebabkan penggunaan produk yang pelbagai juga menjadi punca kepada masalah kulit wajahnya kini.

"Sebelum ini saya mencuba pelbagai produk sampaikan kulit muka saya tak sempat berehat. Ghairah sangat nak cuba macam-macam.

"Pelik juga masa umur 24 ni barulah jerawat nak tumbuh sampai semua terkejut melihat keadaan kulit muka saya sekarang.

"Mungkin hormon baru berkembang, jadi saya terima sahajalah," tambah Sissy lagi.

Sissy ditemui pada pertunjukan fesyen ALIKE Summer-Spring 2020 di Istana Budaya baru-baru ini bagi memperagakan busana rekaan Zayana Zayed yang diinspirasikan daripada negara gajah putih, Thailand.