Hiburan

“Banyak Tawakal, Doa & Bergantung Harap Dengan Allah”- Anak Diana Amir Masuk Hospital

gempak
Mya Amri
14/07/2019
03:38 MYT
Sponsor Banner
“Banyak Tawakal, Doa & Bergantung Harap Dengan Allah”- Anak Diana Amir Masuk Hospital
Pelakon dan pengacara, Diana Amir cemas apabila anak keduanya, Khadija Azzehra terpaksa ditahan diwad.
Diana berkongsi berita itu menerusi kemas kini terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Berkongsi perasaan cemasnya, Diana memberitahu ini kali pertama Khadija dimasukkan ke hospital.
“Malam tadi, first time anak warded… Macam ni rasanya nervous… Banyak tawakal, doa dan bergantung harap dengan Allah. Dia sebaik-baik perancang.
“Alhamdulillah takde apa-apa yang serius! Semua ok, harini pun Khadija dah aktif sangat macam biasa…
“Almost 10x tanya bila nak balik rumah but still kena monitor 24 hours, Insya-Allah takde pape boleh discharge, yay!
“Kebetulan husband tengah outstation, kesian dia tak senang hati nak tidur semalam. Doakan perjalanan husband Diana balik dengan selamat boleh jumpa anak kesayangan dia ni (tiga-tiga pun kesayangan)
“Alhamdulillah family ramai berkampung kat rumah semalam and tolong jaga Khawlah and Khalid. Semoga Allah balas doa dan jasa semua. Amin.
“Tak terbayang perasaan parents yang anak hidap penyakit kronik. Patutlah diaorang selalunya nampak tenang, sebab diorang kena kuat untuk anak. Depan anak kena tunjuk optimis dalam hati Allah je yang tahu.
“Semoga anak-anak and family anda dalam keadaan sihat walafiat, dalam lindungan-Nya selalu, Amin!” tulisnya.
Malam td, first time anak warded.. macam ni rasanya nervous.. banyak tawakal, doa dan bergantung harap dgn Allah.. Dia sebaik2 perancang . . Alhamdulillah takde apa2 yg serius! semua ok, harini pun Khadija dah aktif sgt2 mcm biasa.. almost 10x tanya bila nak balik rumah ? but still kena monitor 24hours, in sya Allah takde pape boleh discharge, yay! . . kebetulan husband tgh outstation, kesian dia tak senang hati nak tido smlm.. doakan perjalanan husband Diana balik dgn selamat, boleh jumpa anak kesayangan dia ni (tiga2 pun kesayangan ?) Alhamdulillah family ramai berkampung kat rumah semalam and tolong jaga Khawlah and Khalid.. semoga Allah balas doa dan jasa semua , amin ? tak terbayang perasaan parents yang anak hidap penyakit kronik.. patutlah diorg selalunya nampak tenang, sebab diorg kena kuat utk anak.. depan anak kena tunjuk optimis.. dalam hati Allah je yg tau . . semoga anak2 and family anda dalam keadaan sihat walafiat, dalam lindunganNya selalu, Amin!
A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
Terdahulu, Diana dan suami, Mohd Habibbullah berkahwin pada 26 Oktober 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra dan Muhammad Khalid Al Habib.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live