Hiburan
“Banyak Tawakal, Doa & Bergantung Harap Dengan Allah”- Anak Diana Amir Masuk Hospital
Pelakon dan pengacara, Diana Amir cemas apabila anak keduanya, Khadija Azzehra terpaksa ditahan diwad.
Diana berkongsi berita itu menerusi kemas kini terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Berkongsi perasaan cemasnya, Diana memberitahu ini kali pertama Khadija dimasukkan ke hospital.
“Malam tadi, first time anak warded… Macam ni rasanya nervous… Banyak tawakal, doa dan bergantung harap dengan Allah. Dia sebaik-baik perancang.
“Alhamdulillah takde apa-apa yang serius! Semua ok, harini pun Khadija dah aktif sangat macam biasa…
“Almost 10x tanya bila nak balik rumah but still kena monitor 24 hours, Insya-Allah takde pape boleh discharge, yay!
“Kebetulan husband tengah outstation, kesian dia tak senang hati nak tidur semalam. Doakan perjalanan husband Diana balik dengan selamat boleh jumpa anak kesayangan dia ni (tiga-tiga pun kesayangan)
“Alhamdulillah family ramai berkampung kat rumah semalam and tolong jaga Khawlah and Khalid. Semoga Allah balas doa dan jasa semua. Amin.
“Tak terbayang perasaan parents yang anak hidap penyakit kronik. Patutlah diaorang selalunya nampak tenang, sebab diorang kena kuat untuk anak. Depan anak kena tunjuk optimis dalam hati Allah je yang tahu.
“Semoga anak-anak and family anda dalam keadaan sihat walafiat, dalam lindungan-Nya selalu, Amin!” tulisnya.
Terdahulu, Diana dan suami, Mohd Habibbullah berkahwin pada 26 Oktober 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra dan Muhammad Khalid Al Habib.