Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara
Maliah Surip
20/09/2024 16:00 MYT
20/09/2024 16:00 MYT
Seorang wanita yang suaminya maut di dalam penjara sama Sean Diddy Combs kini ‘disumbat’ memberi amaran pesohor seni itu mungkin mati di sana.
Diddy saat ini ditahan di Metropolitan Detention Center di Brooklyn, Amerika Syarikat selepas mahkamah menolak dia membayar jaminan kerana terlibat dengan pemerdagangan seks dan penyeksaan wanita serta pelacuran.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Ashley Cordero mendakwa suami, Edwin Cordero terbunuh di dalam penjara sama pada Julai lalu.
Meski tidak menyatakan sebab kematian suaminya, Cordero menuduh keadaan penjara yang tidak terurus dan kotor akan menyebabkan Diddy mungkin mati.
“Tidak ada manusia yang layak dimasukkan ke situ. Mereka juga masih manusia bukannya binatang,” katanya kepada sebuah portal.
Oleh yang demikian dia menasihatkan agar pihak peguam Diddy meminta bintang itu dipindahkan ke penjara lain demi keselamatan diri.
Sementara itu Mirror melaporkan terdapat banyak kejadian ganas dan jenayah terjadi dalam penjara sama. Ini termasuklah banduan diserang.
“Kami berusaha untuk membawa Diddy keluar dari penjara itu dan dipindahkan ke tempat lain kerana banyak ancaman.
“Sejak beberapa bulan lalu, sudah empat penghuni mati diserang dalam penjara sama,” ujar pihak guaman.
Diddy bagaimanapun kata mereka kini diasingkan dalam satu sel lain dan dikawal ketat.
Keadaan penjara kotor

“Penjara tersebut menjijikkan. Ada banyak tikus berkeliaran, sangat kotor dan menjijikkan. Suami saya pernah dimasukkan ke penjara sama.
“Tidak ada manusia yang layak dimasukkan ke situ. Mereka juga masih manusia bukannya binatang,” katanya kepada sebuah portal.
Minta dipindahkan ke penjara lain
Oleh yang demikian dia menasihatkan agar pihak peguam Diddy meminta bintang itu dipindahkan ke penjara lain demi keselamatan diri.
“Minta Diddy dipindahkan ke penjara lain. Penjara itu sangat teruk dan tidak selamat. Banyak aduan telah dibuat. Pastu ada sesuatu yang tidak kena,” tambahnya lagi.