,
Laman Utama

“Banyakkan Bersabar, Jangan Give Up” - Noor Nabila Titip Tips Rumah Tangga Pada Neelofa

Azwa Rahman
29/03/2021
01:20 MYT
Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila meluahkan rasa sebak apabila adiknya telah bertemu jodoh dan mendapat kebahagiaan yang dicari.
Menurut Nabila, dia berharap Neelofa dapat menjadi seorang isteri yang baik, penyabar dan saling menyokong suaminya, pendakwah bebas PU Riz.
“Untuk tengok adik saya yang beberapa tahun saya jaga dia, jadi housemate dia, finally dia dapat merasa kebahgiaan yang dia cari selama ni, saya sangat sebak dan terharu, dia juga boleh bahagia macam kawan-kawan dia yang lain.
“Sebagai kakak, saya nak nasihatkan banyak-banyakkan bersabar, kena tempoh alam perkahwinan dengan kesabaran tapi apa pun masalah yang you all akan hadapi, jangan give up. Yang penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain,” ujar Nabila.
Nabila ditemui ketika majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz bersama suaminya, Engku Emran dan anak tirinya Engku Aleesya.
Pada Sabtu, Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Seminggu sebelum majlis Neelofa, Noor Nabila, 36, selamat dijabkabulkan dengan Engku Emran, 46, di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Hiburan

Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

gempak
27/10/2024
06:56 MYT
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Netizen Sangka Noor Nabila Dah Nikah, Ini Respons Tuan Badan - “Masih Terlalu Awal Untuk…”

gempak
07/03/2024
01:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Unitar