Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa 77 Tahun Menang RM23.3 Juta, Hadiahkan Kesemua Wang Kepada Anak-Anak

Gempak
09/08/2024 04:55 MYT
Seorang pengamal perubatan berusia 77 tahun dari Pahang, Malaysia, memperoleh durian runtuh berjumlah RM23.3 juta selepas memenangi loteri Sports Toto 4D baru-baru ini.

Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak menyimpan duit tersebut sebaliknya memberi keseluruhan wang kemenangan kepada anak-anaknya.

Lelaki itu berkata, dia membeli dua loteri pada 24 Julai lalu kerana nombor-nombor tersebut mirip dengan nombor pendaftaran kereta isterinya. Ketika itu, hal tersebut membuatkan dia terfikir bahawa nombor berkenaan kedengaran seperti bertuah.

“Saya membeli dua nombor itu kerana ia seakan nombor pendaftaran kereta isteri saya.

"Saya sudah tua dan tidak memerlukan wang yang begitu banyak, jadi saya akan memberikan wang itu kepada anak-anak saya supaya mereka dapat menggunakannya dengan bijak untuk mengembangkan perniagaan mereka serta hidup dengan selesa," jelasnya.

BERITA TRENDING: Sedar Nama Dipetik Selepas Konsert Ajai, Nourul Depp Mohon Peminat Tak Buat Perbandingan - “Siapa Pun Boleh Menyanyi Lagu Keliru, Semua Ada Cara Tersendiri”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia, Tom Craig Ditahan Beli Dadah

BERITA TRENDING: Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”

BERITA TRENDING: Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin


Bagi dirinya, dia lebih gembira menikmati proses pertaruhan dan jika dia memenangi pertaruhan itu ia hanyalah satu bonus untuknya.

Sumber: News Straits Times

#Anak #Hadiah #Bapa #Duit #Wang #Loteri
;