Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa Almy Nadia Pula Positif Covid-19! – “Semua Yang Positif Kuarantin Di Rumah Kecuali Adik Sebab Dijangkiti Varian Delta…”

Fiza Kamarudin
11/09/2021 06:40 MYT
Pelakon Almy Nadia berkongsi perkembangan terbaharu mengenai bapanya yang turut dijangkiti virus Covid-19 selepas ahli keluarga lain disahkan positif baru-baru ini.

Menerusi hantaran terkininya di laman sosial Instagram (IG), Almy berkata bapa dan seluruh ahli keluarga kini menjalani kuarantin di rumah kecuali adik perempuannya yang terpaksa dihantar ke CAC kerana dijangkiti varian delta.

“Perkembangan terkini, abah pula positif dan semua sudah follow up di CAC Pulau Pinang. Semua bolah kuarantin di rumah kecuali adik perempuan nombor 2.

“Kena pergi pusat kuarantin sebab dia punya virus adalah delta. Sekarang di rumah mak hanya tinggal adik lelaki bongsu yang sudah negatif dan pernah positif empat bulan lalu,” katanya.

Dalam pada itu Almy memohon orang ramai agar terus mendoakan ahli keluarnganya di Pulau Pinang.

“Semoga family dekat penang cepat sembuh, di beri kekuatan untuk family. Terima kasih kepada yang banyak membantu, terima kasih semua.

“Terima kasih jugak pada yang mendoakan family kami,” katanya.

Dua hari lalu, Almy berkongsi mengenai lapan ahli keluarga termasuk ibu di Balik Pulau, Pulau Pinang, disahkan positif COVID-19.

Dalam hantaran itu, Almy memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana berjauhan.

Almy berkata, ahli keluarga yang disahkan positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat anak mereka.

Turut dijangkiti virus berkenaan adalah anak angkat Almy berusia 12 tahun yang dipelihara ibu.

#Almy Nadia #COVID-19 #Ahli Keluarga Positif
;