Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bapa Borek Anak Rintik! Anak Teruna 'Crocodile Hunter' Teruskan Legasi Bapa Selepas 15 Tahun

Amri Hassan
03/07/2019 23:43 MYT
Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi! Itu peribahasa paling tepat menggambarkan minat mendalam anak Steve Irwin, Robert yang mencintai haiwan liar.

Sama seperti bapanya yang pernah digelar Crocodile Hunter, Robert yang kini berusia 15 tahun berjinak-jinak dengan hobi sama mendiang bapanya.

Terbaharu, Robert merakamkan aksi sama seperti mendiang bapanya memberi makan seekor buaya yang diberi nama Murray di lokasi serupa seperti 15 tahun lalu.

"Ayah dan saya memberi makan Murray. Lokasi sama, buaya sama. Dua gambar terpisah masa 15 tahun," tulisnya pada entri di Instagramnya yang sedang tular itu.

Dad and me feeding Murray... same place, same croc - two photos 15 years apart ❤️?

A post shared by Robert Irwin (@robertirwinphotography) on


Meninjau ruangan komen akaun Instagram Robert, netizen memuji usaha anak muda itu untuk meneruskan legasi mendiang bapanya.

Malah, aksi itu mengubat kerinduan peminat Steve yang disifatkan hilang tiada berganti.

"Bapa kamu legenda dan kamu sedang mengikut jejak langkah beliau," tulis salah seorang pengguna.

"Pastinya beliau akan berbangga jika masih hidup," tambah pengguna lain pula.

Mendiang Steve telah meninggal dunia ketika berusia 44 tahun pada 2006 selepas disengat ikan pari.

Steve meninggalkan seorang balu, Terri dan seorang lagi anak perempuan, Bindi yang kini berusia 20 tahun.
#Viral #Viral #Crocodile Hunter #Steve Irwin
;