Terkini

Bapa Dakwa Kematian Pelatih Palapes UiTM Berpunca Daripada 'Ditunggang'

gempak
Gempak
27/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Bapa Dakwa Kematian Pelatih Palapes UiTM Berpunca Daripada 'Ditunggang'

Seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UiTM, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi, meninggal dunia pada 13 Nov lalu selepas didakwa menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual.

Bapa pelatih terbabit, Muhammad Zaidi Abdul Rahman, juga mendakwa kejadian itu melibatkan penderaan secara fizikal.

Dalam laporan kepada polis, Zaidi berkata anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dadanya serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatihnya.

Zaidi juga mendakwa Amir Rusyaidi dipaksa melompat seperti kangaru.

Katanya insiden tersebut berlaku pada 10 Nov dan dirakam oleh jurulatih terbabit. Amir Rusyaidi, 25, dakwanya, dibiarkan pengsan di tengah padang dan di bawah panas matahari selama lebih kurang 30 minit.

Dia mendakwa jurulatih terbabit tidak mengambil apa-apa tindakan sebelum rakan Amir Rusyaidi cuba menolongnya.

"Tetapi telah terlambat dan anak saya tidak sedarkan diri. Kemudian jurulatih itu mengambil tindakan untuk membawa anak saya ke hospital menggunakan kereta beliau.

"Jurulatih itu tidak menelefon ambulans ataupun membawa anak saya ke pusat perubatan di UiTM yang lebih dekat berbanding Hospital Shah Alam," katanya dalam laporan tersebut.

Zaidi menambah, jurulatih itu gagal untuk maklumkan mana-mana ahli keluarga berkenaan apa yang terjadi dan mereka hanya tahu mengenai insiden tersebut kira-kira jam 9 malam.

Itu pun, kata Zaidi, disebabkan pihak hospital menghubunginya bagi mendapatkan kebenaran memberikan bantuan pernafasan.

"Sekiranya tidak dimaklumkan pihak hospital, kami sekeluarga langsung tidak tahu isu ini," jelasnya.

Menurut Zaidi, butiran tersebut dimaklumkan kepadanya oleh rakan Amir Rusyaidi selepas anaknya itu dikebumikan di Banting, Selangor.

Dia juga mendakwa pihak UiTM tidak dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa Amir Rusyaidi bahkan pelatih terbabit diminta untuk hadir ke kelas atau akan dianggap tidak hadir.

Apabila ditanya sama ada insiden tersebut diberitahu kepada pihak universiti atau tidak, Zaidi berkata, jurulatih terbabit mengaku ia tidak dimaklumkan.

Dakwanya, insiden tersebut hanya dimaklumkan kepada UiTM selepas jurulatih berkenaan ditegur.

Kata Zaidi, keluarganya percaya bahawa berlaku kecuaian dan kekasaran melampau oleh jurulatih itu yang menyumbang kepada kematian Amir Rusyaidi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mereka sedang menyiasat kes itu sebagai kematian mengejut.

BERITA TRENDING: “Betul Sumpah, Basah Habis” - Pengarah Dedah Amir Ahnaf Menangis Lepas Baca Skrip Filem Kahar: Kapla High Council

BERITA TRENDING: Tak Peduli Dikecam, Peguam Popular Datuk Zaharil Muhaiyar Terus Bela Nasib Mangsa Teraniaya - "Saya Tak Nak Mati Nanti Disoal Kenapa Tak ..."

BERITA TRENDING: Satu Representasi PU Azman Ditolak, Sudah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Di Penjara

BERITA TRENDING: Rashidi Ishak Tak Kritik Nyanyian Fazura, Hanya Beri Pandangan Secara Ikhlas - “Apa Untung Saya Nak Berniat Jahat”

Timbalan Komandan Palapes UiTM Ariff Md Ab Malik pula menggesa agar siasatan rapi dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai terbabit.

“Sebagai timbalan komandan UiTM Palapes, saya sememangnya menggesa ATM menjalankan siasatan menyeluruh.

"Contohnya, bermula daripada pengambilan calon, adakah sesuai untuk menyertainya juga dari segi pengendalian latihan, adakah ia mengikut prosedur," ulasnya.

Sumber: Malaysiakini

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar