Bapa Dipenjara, Majlis Tunang Anak Najib Tetap Berlangsung Dengan Meriah
Syafiqah Jalal
30/04/2023 23:56 MYT
30/04/2023 23:56 MYT
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman telah selamat bertunang pada Sabtu dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi di Facebooknya.
Mohd Puad berharap Ashman tetap tabah meskipun majlis yang dilangsungkan di Pavilion itu tidak dapat dihadiri oleh bapanya.
"Memang tidak lengkap pertunangan anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berlangsung tanpa kehadiran Bossku (Najib). Tetapi tetap meriah dan tenang.
"...Semoga Allah memelihara Bossku. Dia akan kembali dalam perjuangan rakyat. Insya-Allah," katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis itu termasuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap tujuh pertuduhan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.