Bapa kepada penyanyi popular Rihanna disahkan positif COVID-19.

Memetik laporan The Sun UK, Ronald Fenty, 66, yang kini menetap di rumah keluarga mereka di Barbados berada dalam keadaan stabil.

Demi memastikan kesihatan Ronald sembuh, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty telah menghantar sebuah mesin ventilator atau alat bantuan pernafasan untuk kegunaan ayahnya.

“Secara jujurnya, saya ingatkan saya akan meninggal dunia.

“Anak saya memeriksa dan bertanya khabar saya setiap hari. I love you so much Robyn. Banyak yang dia telah lakukan pada saya. Saya sangat hargainya,” kata Ronald.

Tambah Ronald lagi, dia mula menyedari kesihatan dirinya merosot apabila terkena demam.

Ronald turut menasihati orang ramai agar duduk di rumah dan jaga kesihatan diri.

“Saya mahu menyampaikan mesej yang penting kepada semua orang. Saya seru agar semua orang duduk di rumah.

Situasi sekarang sangat serius daripada apa yang anda semua bayangkan, jadi tolonglah jangan keluar suka-suka hati,” ujarnya lagi.